KISAH MUSLIMAH BERTUDUNG DAN SEORANG PEROGOL[MESTI BACA!]

Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.
 Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.
 
PERINGATAN:INILAH GARIS PANDUAN MENUTUP AURAT YANG BENAR-BENAR
MENGIKUT HUKUM SYARAK.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ini boleh buat adalah berdoa ke Hadrat Allah memohon keselamatan ke atas dirinya. Dia baca Ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
 Keesokan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang ada seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ini dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bhawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa itu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi dibawa ke tempat lain).
 Dia pun tanya perogol itu, “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” Perogol itu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
 Saudari ini rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol itu. Dia bersyukur ke Hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
 
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meniggalkan segala laranganNya, Dia pasti akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.jadi, kepada muslimah yang berada di luar sana, yang sudah pun menghiasi diri mereka dengan bertudung, ALHAMDULILLAH, mudahmudahan dirahmati Allah jua, dan ingat, bertudung bukan hanya untuk berfesyen, tetapi untuk mematuhi perintah Alllah jua. Ingat, apa jua larangan Allah pasti ada hikmahnya, yang kadangkala kita sebagai manusia pun tak mampu untuk memikirkannya, sebagai contoh, cerita di atas.
Dan kepada muslimah yang masih lagi belum bertudung, mudah-mudahan, kisah di atas mampu menjadi iktibar, agar suruhan Allah yang sering dipandang remeh ini dipatuhi, jangan ada pula yang beri alasan bodoh, dan yang paling banyak sangat dengar ialah “ALAH, YANG PAKAI TUDUNG LINGKUP BERLAPIS-LAPIS PUN BELUM TENTU PERANGAI DIA BAIK”. APA NI! Jangan jadikan ini sebagai alasan. Yang menjadi penentu dalam melaksanakan perintah Allah secara syumul bukanlah “perangai orang lain” tapi kemahuan dan sikap kita sendiri terhadap perintah tersebut. Ingat ya, sangat tidak adil untuk berkata begitu kepada muslimah yang memakai tudung dan menjaga akhlaknya. Wallahu’Alam.

Satu Respons to “KISAH MUSLIMAH BERTUDUNG DAN SEORANG PEROGOL[MESTI BACA!]”

  1. sy juga bersyukur,alangkah bagusnya jila semua wanita islam berpakaian seperti itu

Tinggalkan komen